Wednesday, 20 November 2013

BUNGA TANGAN - DIY

Anda suka bunga tangan yang macam mana? Kalau saya sy suka bunga artificial sebab bila dah habis wedding pun still boleh guna untuk hias rumah or bilik. Kalau guna fresh flowers memang cantik dan nampak elegen cuma lepas beberapa hari bunga dah layu. So, sentimental value dia pun macam hilang.. Hehe, tapi itu terpulang pada individu kan? Tepuk dada tanya selera :)




Saya memang minat projek do it yourself a.k.a DIY. So, saya nak share beberapa koleksi untuk projek diy bunga tangan pada entry kali ni. Harap uolls suka dan dapat idea bunga yang macam mana menjadi pilihan kalbu.. Hehe.. Sampai jumpa lagi kawan-kawan.










Monday, 18 November 2013

5 TIPS HIASAN CANDY BUFFET

Hi, apa khabar semua?

Pening-pening nak cari idea untuk hias candy buffet anda? Jom, baca tip yang saya kongsikan ni.

1. Pelbagai Bentuk dan Warna

Kanak-kanak suka sesuatu yang bewarna warni. Sama juga dengan kita. Tambah-tambah sekarang ni trend color block. Jadi, buat variasi terhadap sudut candy buffet anda. Sediakan pelbagai pemanis atau candy yang colourful. Pilih sekurang-kurangnya 3 atau 4 warna yang berbaza supaya nampak menarik. Kadang-kadang ada candy yang sama jer perisanya tapi berlainan warna. So, anda boleh lah pilih warna yang bersesuaian dengan warna tema majlis perkahwinan anda :)


2. Bekas Kaca @ See Through Container

Pilih bekas yang mudah nampak isi di dalamnya seperti bekas kaca atau plastik yang boleh dilihat kandungannya dari jauh. Ini akan memudahkan kanak-kanak untuk membuat pilihan tanpa perlu membuka setiap balang yang ada. 



3. Pelbagai Bentuk dan Tinggi Bekas Yang dipamerkan


Pilih bekas atau jar yang mempunyai pelbagai bentuk dan ketinggian. Ia akan memudakan anda untuk mendekorasikan sudut candy buffet anda nanti. Elakkan pilih yang sama tinggi atau sama rendah sahaja. Nanti, ia akan nampak flat dan tidak menarik. 


4. Gubah Menggunakan Barang Recycle



Sekiranya anda tidak mempunyai bekas yang berbeza ketinggian, anda juga boleh menggunakan kotak atau apa-apa barang recycle yang mampu menyokong kandungan dan bekas candy anda supaya stabil. Lapik kotak atau barang tersebut dibawah candy jar atau bekas anda dan gubahlah supaya ada tinggi dan rendah seperti di dalam gambar ini. Gunalah kreativiti anda untuk menjadikan barang recycle itu supaya menarik seperti kayu yang telah dicat semula, kotak yang dibalut dengan kertas yang cantik, botol-botol lama yang diberi nafas baru boleh dijadikan tempat untuk meletak bunga dan lain-lain.


5. Jangan Lupa Alas Meja

Kadang-kadang kita selalu memikirkan apa kandungan candy atau gula-gula yang kita nak letak dalam jar atau bekas tapi kita terlupa untuk memilih warna yang sesuai untuk alas meja di candy buffet tersebut. Anda perlu memilih warna alas meja yang menarik serta mampu menaikkan lagi seri meja candy buffet anda. Saya suka warna-warna yan glembut dan soft. Anda pula bagaimana? Elakkan memilih warna yang sama dengan warna candy anda. Nanti, hilang serinya. Boleh juga guna warna-warna yang gelap sekiranya anda sudut candy buffet anda menarik perhatian tetamu cilik :)





 


Okay tak kawan-kawan? Semoga tips ini membantu anda mencari idea. Muaahh, jumpa lagi :)


Sunday, 17 November 2013

CENDERAHATI KAHWIN UNTUK KANAK-KANAK

Apa khabar semua?

Semoga kawan-kawan sihat hendaknya. Macam mana dengan persiapan perkahwinan kenkawan? Dah, ok ke? Hehe... Bagi yang dah dekat tarikhnya sure dah berdebar-debar kan? Takpe doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan segalanya ok.

Saya ada terjumpa beberapa gambar diy tentang hadiah atau cenderahati untuk kanak-kanak. Rasa-rasa kat Malaysia ni dah ada orang buat ke wedding favors macam ni? haha bagi color crayon kat budak-budak.. So sweet hihi, jom layanzzz......

\

 





IDEA UNTUK DEKO-DEKO MEJA TETAMU

Assalam dan Hi Semua,

Time hujan-hujan petang ni apa kata kita layan dulu idea-idea untuk men'deco' centerpiece dulu. Mana tahu ada kawan-kawan kita yang tengah mencari idea untuk mencantikkan meja di hari bahagia akan dapat sedikit ilham. 

Setelah puan jejari gemuks saya ni membuat carian dalam pak enche google so, dapatlah sikit gambar yang kita boleh layan sama-sama.. Jom, zaassssss.....










Yang mana kita boleh buat sendiri, tu boleh la kita buat. Boleh jimat sikit. Guna bahan-bahan terpakai seperti botol, tin dan kayu.. 

Guna kreativiti untuk added value barang recycle tu supaya jadi cantik macam dalam gambar kat atas tadi.. Sure, tetamu happy dan sejuk mata memandang :)selamat mencoba...